VIOSku…tensennya akuu…..!!!!!
Posted by farisabdullah on March 4, 2009
Entah bagaimana…tiba2 kemarin kereta VIOS ku telah terlibat dalam kemalangan…hampeh betoi,…. alkisah…tanggal 3hb Mac 2009 (03.03.09), aku on the way dari perjalanan selepas menghantar anak ku kepada orang tua ku di Taman Haji Muhammad Amin, Permatang Pauh nak ke Toyota Service Centre, Prai…lebih kurang jam 8.20pagi…masa di Jalan Baru (just before Nissan, Jalan baru) tiba2 sebuah kereta Proton Waja di hadapan ku brek mengejut sampai keluar asap….aku pon apa lagi…dengan serta merta lah membrek mengejut jugak..luckily aku sempat brek, tu pon just a few inches kot before nak hentam waja tu…tiba2 in a split second aku tgk kat rear mirror aku..sebuah Toyota Wish dalam keadaan laju..aku berkata dalam hati..”habih lah aku..pi dahh…” tiba-tiba kedengaran bunyi “….eeeeeekkkkkk…prakkkk….”, “aduh jahanam dah kereta aku..”,and masa hentaman laju dari Wish tu..aku yg dalam keadaan bertali pinggang keledar jugak terbegerak ke depan dan kepala aku menghantuk cermin depan dan retak cermin keta aku….. sib baik tak pecah tak kalau kat hospital dah aku sekarang ni….aku pun keluar dan membelek kereta ku….dan lain-lain kereta yang terlibat…rupa-rupanya 4 buah kereta….:Waja, Vios, Wish dan Gen-2….aku pon amik la gambar dengan hanya menggunakan kamera fon Sony Ericsson K800i aku dengankemampuan 3.2 MP,,,,,





gambar cermin and grill depan aku tak sempat amik sebab tak perasan …… nnti aku cuba amik kat workshop petang nnti…
mengikut kefahaman aku..apa yang telah berlaku adalah…Waja di hadapan brek mengejut..so aku pon brek mengejut dan sempat berhenti beberapa inci dan datang Wish menghentam aku dan kemudian Wish pulak dihentam Gen-2 yang tak sempat brek…
Waja tu kemek sedikit saja di depan kerana aku sempat membrek….VIOSku plak teruk di belakang manakala cermin keta depan ku retak hasil hentakan kepalan ku…dan grill dan bumper depan berganjak sedikit dari kedudukan asal….Wish tu kemek teruk la jugak di hadapan dan belakang keta manakala Gen-2 tu plak remuk setengah di hadapan…keta dah masuk workshop…katanya sebulan la jugak baru nak siap..sementara tu adalah jugak Perodua Kelisa bini aku yang taat memberi khidmat….Thank You Kelisa….
Wassalam Semua…
husaini said
hehehe. aku bleh rasakan betapa tension nya kalau jadi camnie. sebab aku pun dah kena. bawak bawak bersabaq.. aku kena dulu sebulan gak kereta lepak kat bengkel.